suria

[V] “Nampak sangat balas dendam!” – Selepas tular kes bakar bunga api untuk gambar tunang, pelaku datang balik buat huru-hara

Pasangan tunang membakar bunga api pada lewat malam Sabtu bagi tujuan bergambar.

SEORANG lelaki yang ditegur kerana mengganggu ketenteraman awam dengan membakar bunga api bagi melakukan penggambaran gambar dan video pertunangan didakwa bertindak membalas dendam.

Difahamkan tindakan balas dendam itu dibuat terhadap pihak yang mendedahkan dan berkongsi video berkaitan penggambaran mereka di media sosial pada Sabtu lalu.

Menurut pengguna Threads, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Isnin itu, lelaki yang ditegur tersebut didakwa membakar bunga api untuk tempoh yang lama berhampiran kawasan perumahannya di Debayu Setia Alam, Selangor.

"Anda tahu tahu tak tentang isu pasangan bakar mercun tepi rumah apartmen nak dekat pukul 1 pagi tu (kejadian hari Sabtu), dia balas dendam, dia bakar (bunga api) pukul 2 pagi (Isnin) pula.

"Nampak sangat balas dendam, dah la bakar tepi jalan je... lepas tu blah. Bayangkan kalau ada kereta lalu, memang tiada otak," katanya kecewa.

Dalam masa sama pengadu turut berkongsi tangkap layar menunjukkan komen di media sosial daripada individu yang dipercayai sebagai pelaku.

Katanya dia masih tidak berpuas hati kerana gagal bersemuka dengan pihak yang menegur perbuatannya bermain mercun pada waktu yang dianggap tidak sesuai.

Dalam kejadian pada Sabtu [Tonton Video], tindakan pasangan yang mengadakan sesi fotografi pertunangan berlatarbelakangkan letupan bunga api dikecam ramai.

Pengguna media sosial meluahkan kekecewaan apabila waktu rehatnya pada lewat malam terganggu dengan bunyi letupan bunga api.

"Orang bodoh macam anda ni memang tiada otak. Kau main bunga api pukul 12.50 pagi. Dah la bakar sebelah rumah pangsapuri.

"Bayi, kanak-kanak tengah tidur semua bangun melalak sebab bunyi tu kuat macam sebelah telinga je," komen netizen.

Artikel Lain