SEORANG lelaki diburu polis selepas melakukan kelucahan melampau di kawasan berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu pada Sabtu.Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah motosikal telah berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa. Menurutnya, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan tersebut."Pihak polis turut mengesan satu video tular dipercayai berkaitan kejadian sama dan usaha mengesan saksi serta individu terlibat sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Jumaidy berkata, pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perlakuan tidak bermoral yang mengganggu keselamatan awam.Sehubungan itu, katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dungun atau ke mana-mana balai polis berhampiran.Berdasarkan video yang tular, lelaki tersebut dipercayai melakukan onani di atas motosikal sambil melihat ke arah seseorang.Lelaki yang memakai topi keledar itu juga dilihat tidak takut melakukan perbuatan berkenaan walaupun terdapat pengguna jalan raya lain melalui jalan tersebut.