suria

Ibu restu kekasih warga emas rogol anak gadis sendiri! Atur pertemuan di hotel

Mangsa rogol akan mengalami trauma berpanjangan. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki melakukan perbuatan terkutuk dengan merogol anak wanita itu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan mendapati kejadian rogol berlaku pada tahun lalu dengan disaksikan sendiri oleh ibu kandung mangsa.

Kemudian mangsa sekali lagi hampir menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki sama baru-baru.

"Mangsa berusia 13 tahun ketakutan sebelum bertindak keluar rumah setelah mendapati satu perbualan antara ibu dan teman lelaki ibunya untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Perbualan tersebut menunjukkan niat lelaki itu mahu merogol dan telah dibenarkan oleh ibunya sendiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa melarikan diri dengan menuju ke balai polis untuk melaporkan hal berkenaan.

Menurut Mohd Azam, bertindak atas maklumat tersebut, pihaknya menahan ibu mangsa, berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada Jumaat.

Selain, teman lelakinya berusia 61 tahun yang merupakan seorang peniaga di Pandan Indah turut ditahan pada hari sama.

"Hasil ujian air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau.

"Permohonan reman kedua suspek dan dibenarkan selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 4 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Lain