suria

4 lagi individu ditahan bantu siasatan kes warga Israel bersenjata

Shalom Avitan (kanan) ditahan PDRM bersama sejumlah senjata api.

EMPAT lagi individu ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan lelaki Israel yang ditangkap bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru hujung bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keempat-empat individu yang berumur antara 28 hingga 41 tahun itu ditahan di Johor pada Khamis (4 April).

"Ya, kami sudah menahan dua lelaki dan dua wanita di sekitar Skudai dan Gelang Patah, Johor.

"Kami sedang menyiasat peranan mereka dalam kes ini," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu seorang lelaki Israel dengan nama Shalom Avitan ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 Mac bersama beberapa senjata api.

Selain itu, pasangan warga tempatan turut ditahan di Kuala Selangor pada 29 Mac kerana disyaki membekalkan senjata api kepada Avitan yang berusia 38 tahun itu.

Seorang lelaki tempatan turut ditahan di Cameron Highlands, Pahang disyaki menjadi pemandu untuk Avitan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain