suria

Lelaki temui ajal ketika hubungan seks, ada 3 kesan tikaman di perut

Seorang lelaki maut ditikam kekasih ketika melakukan hubungan seks. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di bahagian perut, dipercayai dilakukan seorang wanita ketika melakukan hubungan seks.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.30 petang Isnin lalu, mengenai penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di hadapan tandas awam, dekat Kuala Krai.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu ada kesan tikaman, tetapi tidak menemui sebarang kesan darah di lokasi kejadian.

"Siasatan polis mendapati, kejadian itu bermula pada 28 Mac lalu yang mana mangsa melarikan teman wanitanya dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu yang dibawa ke beberapa kawasan dalam daerah Kuala Krai.

"Mangsa kemudian ditikam sebanyak tiga kali di bahagian perut menggunakan sebilah pisau, ketika memaksa teman wanitanya melakukan hubungan seks," katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Muhammad Zaki berkata, mangsa dipercayai melarikan diri, setelah teman wanita berkenaan melepaskan diri daripada pengawasannya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik.

"Hasil semakan rekod mendapati, mangsa adalah seorang suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita yang disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Menurut Muhammad Zaki, punca kematian adalah disebabkan luka yang terdapat di bahagian perut, kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

Beliau berkata, mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain