suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 pelajar asrama didakwa ugut, buli junior guna batang besi

Dua pelajar di sebuah sekolah didakwa dibuli senior. -Gambar hiasan

DUA remaja berusia 13 tahun didakwa menjadi mangsa buli pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata laporan dibuat oleh seorang guru wanita berusia 56 tahun pada Selasa yang mendakwa pelajar Tingkatan Satu itu dibuli oleh dua pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Lima.

"Kita telah merakam keterangan kedua-dua mangsa dan suspek, dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

Dalam hantaran di laman Facebook TV Sabah, difahamkan mangsa membuat aduan kepada warden mengenai dua pelajar senior itu yang bertindak keluar dari kawasan sekolah melalui longkang di belakang asrama.

Suspek dipercayai adik-beradik kemudian datang dan mengugut kedua-duanya dengan bersenjatakan batang besi yang diambil dari rangka katil dan penyodok sampah.

Kedua-dua mangsa trauma malah terlepas sahur kerana takut terserempak dengan suspek. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain