suria

Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang

Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian menyayat hati.

SEORANG lelaki berumur 48 tahun maut apabila sebatang pokok menghempap keretanya di Jalan Senawang-Paroi berhampiran Taman Rashidah Utama, Negeri Sembilan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mangsa maut di tempat kejadian.

Tambahnya, anggota daripada balai bomba Senawang dan Ampangan, Negeri Sembilan digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.10 petang pada Khamis (4 April).

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada kenderaan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain