suria

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

Umat Islam di Malaysia akan berpuasa pada 23 Mac, bersamaan hari Khamis (esok).

UMAT ​​Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Khamis (23 Mac 2023).

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

"Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 Mac 2023," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain