suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi hari ketiga sesi persekolahan... Murid perempuan darjah 3 bonceng motosikal jiran maut digilis treler

Bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah tayar treler.

SEORANG murid perempuan berusia sembilan tahun maut digilis treler selepas motosikal yang diboncengnya dilanggar kenderaan tersebut, tengah hari Rabu.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa membonceng motosikal yang ditunggang jirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis murid maut kemalangan depan sekolah, hasrat nak photoshoot terkubur! Majalah siap cetak, tetap ‘muncul’ dalam foto kelab koir 1999

Penunggang motosikal itu, seorang wanita berusia 54 tahun, menjemput mangsa dan adiknya yang berusia tujuh tahun pulang dari sekolah.

"Tiga mangsa terlibat dan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian," katanya.

Wanita yang menunggang motosikal dan adik mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain