suria

Tragis murid maut kemalangan depan sekolah, hasrat nak photoshoot terkubur! Majalah siap cetak, tetap ‘muncul’ dalam foto kelab koir 1999

Nabila mendakwa murid yang telah meninggal itu muncul dalam potret majalah sekolah mereka.(Gambar kanan - gambar hiasan)

SEORANG wanita dikenali sebagai Nabila menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsi cerita seram ketika menghubungi sebuah stesen radio, baru-baru ini.

Menurut wanita itu, seorang murid yang telah meninggal dunia 'muncul' dalam foto ahli kelab, sekali gus menimbulkan misteri dalam kalangan warga sekolahnya.

"Ada (kejadian) dekat oversea dia dah mati tapi dia datang kerja kan? Ini kejadian betul, kami satu sekolah rasa. Ini sekolah dekat Johor Bahru, saya tak boleh sebut nama sekolah tu.

kemalangan2

Keratan majalah sekolah yang tular di laman Twitter disunting kepada gambar berwarna.

"Kan masa zaman sekolah, hujung tahun kita mesti ada ambil gambar ramai-ramai kan? Gambar kelas, gambar kelab, gambar persatuan. So ada seorang ni, dia suka sangat dengan kelab teater dia. Dia masuk kelab teater dekat sekolah masa tu.

"So masa hujung tahun, kita cakap esok pakai cantik-cantik, nak ambil gambar kelab teater untuk majalah sekolah. Masa pagi tu dia on the way pergi sekolah, dia kemalangan depan sekolah. Then dia meninggal dunia di tempat kejadian," ujar pemanggil itu.

Menurut Nabila, dia dan rakan-rakan sedih dengan kejadian tragis itu, namun tetap meneruskan sesi penggambaran yang telah dijadualkan.

Siapa simpan memang rare lah. Sebab limited copies je, pihak sekolah cepat-cepat hentikan print bila dah tersebar yang mana print awal.

PELAYAR TWITTER

Apa yang mengejutkan, murid yang telah meninggal dunia itu didakwa muncul dalam foto yang dirakam, namun wajahnya tertutup dengan rambut dalam keadaan menyeramkan.

"So semua sedih dengan kejadian tu. Nak dijadikan cerita, kami just proceed hari kami macam biasa, ambil gambar.

"Bila dah siap gambar tu, dia ada dalam gambar tu. Muka dia tak nampak, tapi duduk hujung, rambut tutup muka. Dalam gambar tu ada seseorang yang muka tak tengok gambar," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Klinik ’dikunjungi’ pontianak, pengawal keselamatan selamba tegur dari jarak dekat - “Jap lagi tutup balik TV”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ‘kaki story’ tak sengaja rakam ‘cik ponti’ jam 4 pagi, “Ramai kata ada orang bela, bersepah kat sini”

Perkongsian wanita itu turut tular di Twitter sebelum beberapa individu lain muncul dan cuba mengesahkan kejadian tersebut.

"Tersebar buku (majalah) tahunan tu kat sekolah aku. Aku ingat lagi. Bunga baju dia terbalik, muka gelap. Fuh.

"Tak ada kaki, rambut kembang. Memang tak ada kat internet sebab waktu tu siapa je ada phone camera? Internet pun nan hado.

kemlangan3

Seorang lelaki tampil membuat penjelasan tentang kes misteri itu.

"Siapa simpan memang rare lah. Sebab limited copies je, pihak sekolah cepat-cepat hentikan print bila dah tersebar yang mana print awal," dakwa seorang wanita.

Seorang lagi individu turut memuat naik foto misteri berkenaan, namun dia telah menconteng wajah kanak-kanak misteri berkenaan.

"Ni gambar sekolah tu. Sorry aku dah conteng sikit masa budak-budak dulu. Janganlah tanya betul ke tak. Masa dapat majalah ni aku baru darjah satu so aku percaya je la tu hantu.

kema

Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika langkah keselamatan tidak diambil kira. (Gambar sekadar hiasan)

"Kalau bukan dia, diharap individu dalam gambar tampil jelaskan situasi sebenar," ujarnya yang memuat naik gambar sekumpulan murid yang menyertai kelab koir tahun 1999.

Dalam pada itu, seorang lelaki muncul membuat ciapan di Twitter, mendakwa isterinya merupakan individu yang duduk bersebelahan 'hantu' berkenaan.

"Aku masih tak percaya yang belah kanan orang yang dibulatkan tu isteri aku.

"Begini ceritanya. Isteri saya kata member tu toleh ke belakang time gambar diambil. Dress pula besar. The rest is history," ujar pemuda itu, sekali gus meleraikan misteri yang timbul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain