suria

Klinik ’dikunjungi’ pontianak, pengawal keselamatan selamba tegur dari jarak dekat - “Jap lagi tutup balik TV”

Tular rakaman seram memaparkan makhluk misteri seakan-akan pontianak di sebuah klinik.

RAKAMAN memaparkan kelibat makhluk misteri di sebuah klinik kerajaan di Perlis kecoh diperkatakan netizen di media sosial.

Dalam rakaman itu, kelihatan entiti putih berambut panjang seperti pontianak sedang duduk di ruangan menunggu sambil menonton televisyen.

Kedengaran suara seorang lelaki berusia, dipercayai pengawal keselamatan klinik 'menegur' makhluk berkenaan sambil membuat rakaman video dari jarak dekat.

"Jap lagi tutup TV balik naa. Assalamualaikum, cuba pusing nak tengok sikit. Oh tengok TV. Tak apa, tak apa.

"Jap lagi tutup balik TV. Pandai dia. Mari seorang je ke? Seorang ke tengok tu? Tak apa, jap lagi tutup balik," ujar pengawal itu.

Video yang tersebar menerusi TikTok dan Facebook itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen tentang makhluk berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang kain putih lusuh, rupanya baju pontianak! Mengilai bila penghuni call ustaz minta tolong dari rumah sewa puaka

Selain berjenaka tentang kejadian itu, ramai netizen turut memuji tindakan berani pengawal keselamatan yang mendekati makhluk tersebut.

"Geng-geng paranormal kena belajar dengan pakcik ni. Tak menggelupur lintang-pukang terjerit-jerit lepas jumpa hantu.

"Mesti dia dah biasa nampak macam-macam. Sampai dah tak takut.

"Tinggi ilmu pakcik ni. Bukan sebarangan pakcik. Inilah cabaran pengawal keselamatan.

"Appointment pukul 8 pagi. Pukul 2 pagi dia dah datang," tulis beberapa netizen berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain