suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mudah nak jalan-jalan! PM umum tambang percuma MRT Laluan Putrajaya hingga 31 Mac

Orang ramai boleh menaiki MRT laluan Putrajaya secara percuma sehingga 31 Mac. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

LALUAN MRT Putrajaya yang baru dilancarkan menawarkan tambang percuma untuk semua penumpang mulai Khamis (16 Mac) hingga 31 Mac 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penumpang yang ingin menggunakan laluan baharu itu boleh mengaksesnya secara percuma selepas ia dilancarkan secara rasminya pada Khamis petang.

Tambah beliau, perjalanan penuh sehala akan mengambil masa kira-kira satu jam setengah.

Selain itu, bas pengantara ke stesen di sepanjang laluan juga boleh diakses percuma sepanjang tempoh tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini apa yang saya suka” - Gadis jelita penuh yakin berzumba dalam MRT

Laluan baharu itu terdiri daripada 36 stesen dari stesen MRT Kwasa Damansara sehingga stesen MRT Putrajaya Sentral.

Laluan itu turut menampilkan 17 kemudahan Park and Ride di tujuh stesen di sepanjang laluan itu, iaitu Stesen MRT Kwasa Damansara, Stesen MRT Sungai Buloh, Stesen MRT Sri Damansara Barat, stesen MRT Sri Damansara Sentral, stesen MRT Sri Damansara Timur, MRT Metro Prima Stesen dan Stesen MRT Jinjang.

Penumpang boleh menjangkakan kekerapan kereta api setiap empat hingga enam minit pada waktu puncak dan satu setiap tujuh hingga 10 minit pada waktu bukan puncak. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain