suria

Rafizi tak kenal pihak kirim bungkusan misteri... “Saya dan PM tak ambil ganja, buang duit saja”

Rafizi nafi mengenali pengirim bungkusan berisi ubat gigi ganja yang dikirim ke pejabatnya dan Anwar.

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil ganja, malah tidak mengenali pihak yang menghantar bungkusan tersebut ke pejabat mereka.

"Saya tidak tahu, ia dialamatkan ke pejabat saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi kedua-dua kami tidak mengambil ganja. Buang duit saja... Ini satu pembaziran.

"Saya tidak membuka bungkusan tersebut. Ia kemudiannya diserahkan kepada polis," kata Rafizi semasa sidang media di Parlimen pada Selasa (14 Mac).

ARTIKEL BERKAITAN: "Kadang-kadang saya pun marah dengan Rafizi" - Anwar

Rafizi berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai rampasan polis ke atas bungkusan mengandungi ubat gigi dengan ekstrak ganja yang ditujukan kepadanya dan Anwar.

Laporan polis telah dibuat oleh pegawai Rafizi pada 13 Mac selepas menerima panggilan daripada syarikat perkhidmatan penghantaran.

Bungkusan tersebut mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja berwarna hijau dan putih, bersama-sama dengan label 'Happy Green'.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, khusus mengawalselia import, eksport, pengilangan, penjualan dan penggunaan opium, dadah berbahya dan bahan-bahan berkaitan. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain