suria

Wow! 500,000 pek percuma mi segera Gardenia NuMee... banyak hadiah menarik, permainan menyeronokkan

Pengunjung bergambar di ruang foto bersama props Gardenia NuMee Mi Segera.

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd mengedarkan 500,000 pek Gardenia NuMee secara percuma, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang berterusan terhadap jenamanya.

Inisiatif itu dibuat dalam acara yang berlangsung selama dua hari pada 18 dan 19 Mac lalu di Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

gardenia foto 5

Orang ramai menantikan tawaran hadiah menarik dengan menjawab soalan.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia, Hazlinah Harun berkata, selama lebih tiga dekad, Gardenia sentiasa menumpukan pada penghasilan produk berkualiti tinggi dan menghantarnya setiap hari untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Menurutnya, lima tahun lalu, Gardenia menembusi sektor pembuatan mi dengan menawarkan mi kuning yang dipasteur iaitu NuMee Mi Kuning.

gardenia foto 6

Antara permainan yang menyeronokkan.

"Ini diikuti dengan segmen mi segera pada September 2022 dengan pengenalan Gardenia NuMee Mi Segera.

"Kami percaya, tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia menjangkau lebih daripada penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

"Justeru, Gardenia akan terus memberi impak positif kepada masyarakat melalui pelaksanaan kami, menjunjung komitmen untuk sentiasa bersama pengguna," katanya.

gardenia foto 2

Pemberian pek percuma Gardenia NuMee Mi Segera.

Menurut Hazlinah, penghargaan ini diberikan berikutan Gardenia menerima anugerah yang berprestij, iaitu Platinum Putra Brand Award, anugerah pilihan rakyat pada Januari lalu.

Kempen Pek Percuma 500,000 Gardenia NuMee Mi Segera padat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai.

Bukan sahaja disajikan dengan hiburan dan permainan yang menyeronokkan, malah pengunjung turut diberikan hadiah serta sampel percuma bagi ketiga-tiga varian NuMee Mi Segera, iaitu Kari, Ayam dan Goreng.

Kempen yang berlangsung pada 18 dan 19 Mac ini turut menyaksikan penampilan istimewa penyanyi Naim Daniel dan Shiha Zikir.

Rakaman video 360 darjah turut menarik perhatian pengunjung.

Kempen pemberian pek percuma itu sudah bermula dari Februari lalu di pawagam dan berlangsung di stesen LRT sejak 6 Mac.

"Tidak kira sesiapa sahaja yang sedang menuju ke tempat kerja atau ke pawagam, Gardenia ingin memastikan bahawa hanya NuMee Mi Segera menjadi keperluan pengguna.

"Di samping itu, harga promosi hanya RM3.99 untuk lima pek bungkusan NuMee Mi Segera turut dilanjutkan," kata Hazlinah.

gardenia foto 3

Penyanyi Naim Daniel (kiri) menghiburkan para pengunjung.

Sempena kempen dan menjelang Ramadan, Gardenia akan mengadakan aktiviti pemberian di Bazar Ramadan dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih dari 15 Mei hingga 1 Mei ini.

Dengan slogan #GardeniaCares, Gardenia akan menyumbangkan NuMee Mi Segera kepada pelajar dari golongan YANG memerlukan menerusi Yayasan Food Bank Siswa.

Hazlinah berkata, pemberian percuma ini diharapkan dapat membantu meringankan beban pelajar-pelajar sehingga tibanya Syawal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain