suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki maut ditembak di kedai serbaneka, polis siasat motif rusuhan di upacara pengebumiannya

Polis masih menjalankan siasatan berkaitan motif pembunuhan.

SEORANG lelaki berusia 30an maut ditembak di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Melodies, Johor Bahru, Johor pada Isnin.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis masih mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes itu dan sama ada pembunuhan itu ada kaitan dengan mana-mana kumpulan samseng.

"Ketika upacara pengebumian di satu lokasi bandar raya ini pada 2.30 pagi, sekumpulan lelaki iaitu kira-kira 20 lelaki menimbulkan kacau ganggu atau bertindak merusuh.

"Polis sedang memburu kumpulan lelaki itu dan akan menjalankan siasatan sama ada mereka terbabit dalam kes tembak.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes pembunuhan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor pada Khamis.

Ditanya sama ada mangsa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan pada 2017 di mana seorang lelaki dibunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, beliau berkata:

"Kami tidak dapat mengesahkannya lagi tetapi jika dia benar-benar (suspek), kami sudah pun mendakwanya," katanya sambil menambah bahawa si mati juga mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah.

Video mengenai rusuhan sehingga mengganggu upacara pengebumian di kediaman mangsa termasuk merosakkan kalung bunga telah tersebar di media sosial, termasuk rakaman di mana kerandanya dilihat jatuh ke tanah kerana ditolak.

Memetik sumber, beberapa portal berita China melaporkan lelaki itu dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan stesen minyak yang menjadi tajuk utama pada 2017 apabila seorang lelaki maut ditikam. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain