suria

Suami tuduh isteri curang mati ditikam dengan payung

Seorang lelaki mati ditikam isterinya dengan payung. (Gambar Hiasan)

SEORANG lelaki berusia 45 tahun mati dipercayai ditikam isterinya dengan menggunakan payung.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata polis telah menemui payung yang digunakan untuk menikam mangsa.

ARTIKEL BERKENAAN : Covid-19 : Negara rekod 5,516 jangkitan baharu

Suspek dikatakan menikam mangsa di bahagian perut apabila mangsa cuba menyerang isterinya menggunakan gunting dalam kejadian di rumahnya di Kampung Laksamana di Batu Caves pada pukul 11.30 malam Selasa.

"Pergaduhan bermula apabila mangsa menuduh isterinya curang.

"Mangsa kemudian mengambil gunting dan cuba menyerang isterinya namun dia menggunakan besi pada payung untuk menikam mangsa," katanya pada Rabu.

Wanita berusia 26 tahun itu telah ditahan.

"Dia ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Kami juga merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa." katanya.

ACP Zainal Mohamed meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan I. Agilan di talian 03-61622222 atau 019-5230801. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

isteri, suami, curang, gaduh, gunting, payung, tikam, mati

Artikel Lain