suria

Cemas! Anggota bomba pengsan, lemas ketika cuba selamatkan mangsa banjir

Anggota bomba terbabit tersangkut dalam aliran deras air banjir ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir.

SEORANG anggota bomba lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka, petang Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubu itu sedang dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa banjir apabila dia tiba-tiba pengsan.

Utusan melaporkan bahawa anggota itu tersangkut dalam aliran deras air banjir, sebelum kira-kira lapan anggota bomba bersama 10 penduduk kampung lain menyelamatkannya.

Mangsa banjir tersebut juga berjaya diselamatkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka ketika dihubungi memberitahu, anggota tersebut dalam keadaan selamat, namun belum sedarkan diri. - Utusan Malaysia

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bomba, lemas, banjir, melaka

Artikel Berkaitan

Artikel Lain