suria

Covid-19: Malaysia rekod 5,745 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 5,745 kes baharu Covid-19.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5,745 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Angka terbaharu itu sedikit menaik berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Isnin iaitu 5,434 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,401,866 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes harian Covid-19 terus menurun, 5,434 kes dilaporkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 8,933 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya kini mencecah 2,287,888 kes iaitu 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 682 kes sedang dirawat di ICU manakala 331 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, data setiap hari bagi laman sesawang CovidNow akan dikemas kini selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM

Artikel Lain