suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 14,345 kes baharu Covid-19, Sarawak kekal kes harian tertinggi

Sarawak mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 14,345 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 2,112,175 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Sarawak melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,611 kes, diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang (1,170) dan Perak (1,090).

Beliau berkata, sebanyak 16,814 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,880,736 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,167 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 636 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain