suria

Ramai berdegil serbu pasar raya, 523 ‘check in’ MySejahtera berstatus merah minggu ini

KHAIRY berkata, 18 peratus daripada 523 'check in' berstatus merah minggu ini berlaku di pasar raya. — The Star

SEBANYAK 523 check in atau pendaftaran masuk ke premis menerusi aplikasi MySejahtera didapati berstatus merah atau berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 pada minggu ini, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan berkata, 18 peratus daripada jumlah itu berlaku di pasar raya, merangkumi sama ada mereka yang positif Covid-19 mahupun mendapat perintah kuarantin di rumah.

Justeru, beliau menggesa pemilik-pemilik premis supaya melakukan pengawasan masuk ke dalam premis dengan lebih ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan pertama terima dos ke-3 vaksin Covid-19 awal Oktober - KJ

ARTIKEL BERKAITAN: Gim sudah boleh beroperasi di negeri Fasa 2 dan 3 PPN

“Ini bermaksud pengawal atau jaga di situ tidak jaga betul-betul dan melepaskan sahaja.

“Jadi, kita minta supaya pasar raya, kedai runcit dan di mana-mana sahaja supaya mereka melihat betul-betul status MySejahtera sebelum mereka dibenarkan masuk.

“Ini juga bermaksud ada ketidak patuhan kepada perintah kawalan kuarantin di rumah bagi mereka yang positif ataupun kontak rapat, “ katanya dalam sidang media pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, sebanyak 17 peratus penduduk dewasa di Kedah masih belum menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Beliau turut berharap jumlah itu divaksinasi secepat mungkin kerana 90 peratus dewasa disasarkan perlu menerima vaksin lengkap dua dos.

“Oleh itu, baru kita ada perlindungan yang luas dan saya telah minta Menteri Besar (Kedah) bagi perhatian seperti Pendang, Baling, antara daerah yang terkebelakang sedikit.

“Dan kita perlu kerjasama dari pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai daerah untuk memastikan mereka yang enggan divaksinasi akan tampil menerima vaksin termasuk penguatkuasaan SOP (prosedur operasi standard) vaksinasi.

“Jadi, kemasukan ke masjid dan sebagainya mesti check betul-betul. Saya minta jawatankuasa masjid pastikan sama ada mereka yang datang ke masjid betul-betul telah lengkap terima vaksinasi.

"Ini adalah cara untuk pastikan mereka yang belum divaksinasi akan divaksinasi, untuk pastikan bahawa kita menguatkuasakan check kepada vaksinasi ini,” tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain