suria

Kumpulan pertama terima dos ke-3 vaksin Covid-19 awal Oktober - KJ

KHAIRY Jamaluddin berkata keutamaan pemberian dos ketiga ini akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

SUNTIKAN dos ketiga vaksin Covid-19 dijangka mula dilaksanakan pada awal Oktober ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.

ARTIKLE BERKAITAN: Rakyat Malaysia bakal terima dos ke-3 vaksin Covid-19 selepas capai lebih 80 peratus imunisasi dewasa

ARTIKLE BERKAITAN: Nak nampak gagah macam pahlawan siap bertanjak, ‘prap’ seluar terkoyak masa shooting video - “Saya sangat malu...”

Ismail berkata keutamaan pemberian dos ketiga ini akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Ini termasuk anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya imun (imunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Menurut Khairy, kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada akan memberi dos ketiga atau dos pengalak ini kepada semua individu dan keputusan akan dibuat hasil perbincangan pakar kelak.

"Buat masa ini kita sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar-pengeluar vaksin untuk didaftar dibawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), dos ketiga ini perlu mendapat kebenaran NPRA sebab NPRA cuma bagi kebenaran contohnya Pfitzer dua dos sahaja, AstraZanecca 2 dos dan Sinovac dua dos.

"Saya telah minta semua pengeluar vaksin untuk hantar maklumat dos pengalak ini kepada NPRA saya jangkakan dalam tempoh masa seminggu dua boleh diluluskan, lepas itu saya akan buat pengumuman jenis vaksin apa, boleh campur ke tidak, nak ambil vaksin jenis yang sama atau tidak," terangnya.

Menurut Khairy, keputusan untuk memberi dos pengalak ini bukan bermakna bahawa pemberian dua dos sebelum ini tidak berkesan.

"Ini sangat penting kerana daripada data kematian, data kemasukkan ke Unit Rawatan Rapi, kumpulan inilah (golongan rentan), warga emas yang mempunyai masalah komobidi, sakit jantung, kencing manis dan Hypertension.

"Ada yang bertanya, dos yang ketiga ini bermaksud dua dos itu tidak berkesan? tidak.

"Banyak negara sudah memulakan dos penggalak termasuklah di Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura ini adalah untuk kita meningkatkan lagi sistem imun kita terhadap Covid-19," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain