suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta hampir tenggelam dalam air, lelaki 62 tahun maut di tempat duduk pemandu

Bomba menerima panggilan mengenai kenderaan yang hampir tenggelam di Kg Batu 7, pada pukul 5.44 pagi, Ahad.

SEORANG lelaki ditemukan mati di dalam keretanya yang tenggelam dalam air di sebuah perkampungan di daerah Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata, mereka menerima panggilan mengenai kenderaan yang hampir tenggelam di Kg Batu 7, pada pukul 5.44 pagi, Ahad sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Pasukan kami terus mengangkat kenderaan keluar daripada air dan ketika itulah kami melihat ada mangsa di dalamnya," katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, lelaki itu duduk di tempat duduk pemandu.

"Mangsa telah dikenali sebagai Thien Nyuk Kong yang berusia 62 tahun," kata Lagung.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Supt Abdul Fuad berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur khianat dalam kejadian ini.

Maklumat masih dikumpul daripada penduduk kampung dan saksi kejadian itu, katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain