suria

Semua tadika swasta di bawah KPM juga sudah boleh beroperasi

OPERASI tadika di bawah KPM turut tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dan penjarakan fizikal. — Bernama

KEBENARAN pembukaan tadika oleh kerajaan merangkumi semua yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan KPM.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum pandemik kerja guru taska, sekarang jadi akak guard... ibu tunggal buang rasa malu demi cari rezeki - “Kena tegas, saya lembut orangnya”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih banyak kelonggaran SOP! Semua pekerja swasta boleh kembali ke pejabat jika 80 peratus staf lengkap vaksin bagi negeri Fasa 2

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran berkenaan merangkumi negeri yang berada di Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kelonggaran itu membabitkan murid berumur empat hingga enam tahun yang bapa serta penjaganya bekerja.

Perdana Menteri juga sebelum ini turut mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard PPN untuk beberapa sektor dan turut memaklumkan bahawa tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Dua PPN.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tadika, KPM, Perdana Menteri, PPN

Artikel Lain