suria

Sebelum pandemik kerja guru taska, sekarang jadi akak guard... ibu tunggal buang rasa malu demi cari rezeki - “Kena tegas, saya lembut orangnya”

Terkesan dengan pandemik, ibu tunggal ini tidak memilih pekerjaan demi meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah gambaran semangat seorang ibu tunggal yang gigih mencari rezeki untuk anak-anak.

Wanita itu diuji apabila dia hilang pekerjaan dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik dan dalam masa yang sama tidak banyak pilihan kerja yang ada untuk dia menyara keluarga.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh wanita berkenaan di TikTok, dia berkongsi suasana hari pertama bekerja senagai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersemangat bangun pagi nak makan roti fresh buat sendiri, tak sangka pula ada ‘inti’ cicak... wanita ini pasrah jamu ikan - “Dah la pakai tepung Jepun mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini tunjuk reaksi ‘over teruja’ terima hadiah lukisan kanvas daripada makwe, ramai tersengih tengok video dikongsi - “Selalu saya lukis atas kertas je”

Rakaman video tersebut meraih hampir 8,000 tontonan dan dihujani kata-kata pujian oleh pengguna aplikasi itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Aslizawati Basaruddin, 42, sebelum ini pernah menjadi guru di sebuah taska yang terletak di Temerloh, Pahang.

Disebabkan masalah yang dialami di pusat asuhan tersebut, ibu tunggal ini berkata dia terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Sebelum ini saya bekerja sebagai guru taska selama enam tahun dan kerana ada masalah disebabkan pandemik Covid-19, saya terpaksa bekerja sebagai guard.

"Pada mulanya kawan-kawan dan ahli keluarga terkejut. Ada yang tidak bersetuju, katanya kerja ni tak sesuai sebab kena jadi seorang yang tegas dan saya pula memang lembut orangnya.

IMG_5522

Asliza pernah bekerja sebagai seorang guru di sebuah pusat asuhan hampir tujuh tahun.

"Namun ada juga yang menyokong keputusan itu kerana bagi saya tak salah kalau nak mencuba di samping mencari pengalaman baru. Walaupun sebenarnya saya sedih sebab saya terpaksa tinggalkan kerja lama dan sayangkan anak-anak asuhan di taska.

"Sudah pasti saya ada rasa risau dan malu waktu mula-mula bekerja sebagai guard, takut dipandang hina oleh orang sekeliling. Tetapi demi menjaga periuk nasi sendiri, saya teruskan juga," katanya yang berasal dari Kuala Krau, Pahang.

Mesra disapa Asliza, wanita ini berkata kerjanya sebagai pengawal keselamatan ini masih belum tetap dan tempat bertugas juga berbeza-beza.

Namun itu tidak menjadi penghalang bagi anak kedua daripada enam beradik ini kerana baginya tugas sebagai pengawal keselamatan ini mudah walaupun waktu bekerjanya sedikit panjang.

"Pada hari pertama saya ditugaskan di sebuah sekolah menengah dalam daerah Temerloh. Tetapi saya belum dapat kerja yang tetap lagi, sekarang ni cuma jadi pekerja ganti sahaja.

"Jadi buat masa ni saya bertugas di sekolah, macam hari ini pula di Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh. Alhamdulillah, kerja jadi guard ni mudah cuma waktu bekerja sahaja yang agak panjang.

Dalam keadaan kita yang terkesan dari pandemik Covid-19 ni, ambil sahaja apa-apa peluang pekerjaan yang ada.

ASZLIZAWATI BASARUDDIN

"Saya mula bekerja dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan diberikan waktu berehat selama dua jam," ujarnya yang juga memiliki bisnes menjual produk kesihatan secara dalam talian untuk menjana pendapatan sampingan.

Menurut Asliza, dia pernah berkahwin pada tahun 1999, namun jodohnya tidak panjang dan bercerai pada tahun 2020.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun begitu, dia memilih untuk tidak menghiraukan kata-kata orang lain dan berfikiran positif demi anak-anaknya iaitu iaitu Ajay Shafiq, 22, Akash Sharmin,19, dan Alisha Sharviena, 20.

"Saya dah berkahwin lebih 20 tahun dan kami bercerai pada tahun lepas. Hasil daripada perkahwinan tersebut, saya dikurniakan tiga orang anak dan dua daripadanya masih lagi belajar, kecuali yang bongsu itu kerana ada masalah peribadi kesan daripada penceraian tersebut.

IMG_5511

Aszliza (dua, kiri) bersama tiga orang anaknya.

"Bagaimana saya kekal positif dalam menghadapi cabaran sebagai seorang ibu tunggal ini ialah kita abaikan sahaja apa orang nak kata. Lebih baik fikir untuk diri sendiri dan anak-anak.

"Dalam keadaan kita yang terkesan dari pandemik Covid-19 ni, ambil sahaja apa-apa peluang pekerjaan yang ada. Tak kisahlah kerja apa, walaupun sebagai cleaner sekali pun kerana rezeki itu ada cuma kita jangan berputus asa," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain