suria

Covid-19: Malaysia catat 5, 671 jangkitan baharu, Selangor rekod jumlah harian tertinggi

Malaysia merekodkan 5, 671 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5, 671 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 639, 562 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 79, 848 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 5, 671 kes baharu yang dilaporkan, 5, 663 kes merupakan penularan tempatan dan baki lapan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali naik... Malaysia catat 6, 239 kes baharu Covid-19

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1, 510 kes, diikuti Kuala Lumpur (769), Sarawak (631), Negeri Sembilan (593) dan Johor (524).

Perlis pula merekodkan tiga kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 73 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3, 684 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 7, 325 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 556, 030 kes.

"Sehingga kini, terdapat 911 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 462 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain