suria

Kembali naik... Malaysia catat 6,239 kes baharu Covid-19

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,239 kes baharu, pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 633,891 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 81,575 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 5, 566 jangkitan baharu

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2, 291 kes, diikuti Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507), Johor (468) dan Sarawak (419).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 75 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,611 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 7,386 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 548,705 kes.

"Sehingga kini, terdapat 905 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 453 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Pada Selasa, Malaysia merekodkan 5,566 kes harian, manakala 5,271 kes baharu pada Isnin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain