suria

Tak pakai pelitup muka, Tajuddin dikompaun RM1,500

Bekas Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri sidang media, 25 Mei lalu. Foto: Bernama

BEKAS Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1, 500 kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka.

"Kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh beliau (Tajuddin) telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada Selasa dengan keputusan kompaun sebanyak RM1, 500.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pakai pelitup muka, polis siasat Tajuddin

"Ini atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam kenyataan pada Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mohamad Zainal juga mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.

Tajuddin ketika sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, pada 25 Mei lalu, dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain