suria

Perdana Menteri tiba di Istana Negara

Kenderaan Perdana Menteri memasuki Istana Negara pada pagi Rabu. Foto: The Star

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang Di-Pertuan Agong, pagi Rabu.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki pintu Istana Negara pada pukul 7.49 pagi.

Tumpuan akan terarah di Istana Negara bermula hari ini berikutan beberapa siri pertemuan wakil pemimpin parti politik bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pimpinan parti politik dijangka menghadap Agong mulai esok

Difahamkan, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima menghadap barisan pemimpin parti-parti politik bagi membincangkan keadaan politik semasa.

Tidak dapat dipastikan secara tepat mengenai pertemuan tersebut, namun berkemungkinan ia bagi merangka landskap politik baru di kala Proklamasi Darurat yang dijangka berakhir penghujung Ogos ini.

Menurut sumber, pemimpin yang diberi perkenaan untuk mula menghadap Al-Sultan Abdullah adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, sumber parti PKR mendedahkan bahawa Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menerima undangan Yang di-Pertuan Agong ntuk menghadap.

Portal The Vibes pada Selasa melaporkan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu akan menghadap pagi Rabu namun tidak diketahui waktu sebenar pertemuan itu akan berlangsung.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Selasa juga mengesahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menerima surat dari Istana Negara.

Terdahulu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menerima undangan dari Istana Negara untuk menghadap.

Difahamkan bahawa Al-Sultan Abdullah juga akan bertemu dengan pemimpin DAP pada Khamis (10 Jun) dan seterusnya pemimpin Umno pada Jumaat (11 Jun).

"Baginda hanya ingin mendengar, untuk membolehkan pemimpin parti menyampaikan pandangan mereka," kata sumber berkenaan. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain