suria

Covid-19: Malaysia catat 5, 566 jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 5, 566 kes baharu pada Selasa.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 5,566 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, merekodkan sedikit peningkatan berbanding Isnin dengan 5,271 kes.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 627,652 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 82,797 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan harian menurun, Malaysia catat 5, 271 kes baharu Covid-19

Daripada 5,566 kes baharu yang dilaporkan, 5,562 kes merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,524 kes, diikuti Sarawak (707), Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466) dan Johor (456).

Perlis pula merekodkan satu kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 76 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,536 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 6,962 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 541,319 kes.

"Sehingga kini, terdapat 903 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 458 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain