suria

Jangkitan harian menurun, Malaysia catat 5,271 kes baharu Covid-19

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 5,271 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 622,086 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 84,269 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 6,241 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,374 kes, diikuti Sarawak (703), Negeri Sembilan (571) dan Kuala Lumpur (455).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 82 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,460 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 7,548 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 534,357 kes.

"Sehingga kini, terdapat 902 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 447 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain