suria

Abdul Hadi sekali lagi dimasukkan ke IJN

Abdul Hadi (gambar fail) dimasukkan ke IJN. foto AZLINA ABDULLAH/The Star

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), namun berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan anak lelaki beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Muhammad Khalil dalam satu kenyataan berkata, ia bertentangan dengan khabar angin berkaitan status kesihatan bapanya.

"Saya mohon orang ramai supaya mengadakan solat hajat dan berdoa agar ayahanda supaya diberikan kesembuhan segera.

"Beliau kini berada di IJN dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

"Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. InsyaAllah saya akan maklumkan keadaan ayahanda dari masa ke masa," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Seorang pegawai kepada Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, memberitahu Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke IJN beberapa hari yang lalu.

Ia merupakan kali ketiga Abdul Hadi dimasukkan ke IJN tahun ini, yang pertama pada Februari dan kemudian pada April. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Abdul Hadi Awang, IJN, Presiden PAS,

Artikel Lain