suria

Malaysia catat 6,241 kes baharu Covid-19, Selangor kekal jangkitan tertinggi

Selangor kekal merekod kes harian tertinggi. -gambar hiasan foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,241 kes baharu, pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 616,815 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 86,628 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 7,452 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,178 kes, diikuti Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556) dan Kuala Lumpur (415).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 87 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,378 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 5,133 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 526,809 kes.

"Sehingga kini, terdapat 890 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 444 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain