suria

Covid-19: Jangkitan dari pusat hiburan, kes varian Afrika Selatan dikesan di Melaka

Kes pertama membabitkan varian itu dijangkiti seorang individu daripada sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. (Gambar Hiasan)

VARIAN jangkitan Covid-19 dari luar negara ternyata menjadi kebimbangan kita semua.

Terbaharu, igauan orang ramai nyata berasas apabila kes melibatkan varian Afrika Selatan atau varian Beta (B.1.351) dikesan di Melaka.

Kerajaan Melaka mengesahkan kes pertama membabitkan varian itu dijangkiti seorang individu daripada sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana setakat ini hanya individu itu dari Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan mendapat jangkitan varian berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun katanya, individu berkenaan juga telah pulih dan situasi kluster kini terkawal.

"Kita akan terus memantau kluster ini selain lebih 60 kluster lain yang terdapat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali, Bukit Katil pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ismail Ali.

Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, Jabatan Kesihatan Negeri juga akan terus melakukan pemantauan berhubung perkembangan varian berkenaan bagi memastikan ia tidak merebak dalam komuniti.

Ujar beliau, Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan pada 22 April lalu hasil saringan individu bergejala dan kes indeks dikesan positif Covid-19 selepas berjumpa dengan kes positif dari Kuala Lumpur.

Katanya, jangkitan kemudian menular dalam kalangan kontak rapat sosial dan kontak tempat kerja membabitkan dua buah pusat hiburan di negeri ini. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain