suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua pelajar sambung belajar di rumah selama 25 hari selepas cuti penggal tamat 13 Jun ini - Radzi Jidin

Sesi PdPR akan berlangsung selama 25 hari selepas berakhirnya cuti penggal pada 13 Jun ini.

SEMUA pelajar di negara ini akan terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bermula 13 dan 14 Jun ini.

Sesi ini akan diteruskan sehingga cuti penggal persekolahan yang seterusnya yang bermula pada 16 dan 17 Julai 2021.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi sidang media khas pada Ahad pagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut beliau, sesi PdPR itu akan berlangsung selama 25 hari selepas berakhirnya cuti penggal pada 13 Jun ini.

Bagi sesi persekolahan selepas cuti penggal 16 dan 17 Julai ini berakhir, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan seminggu sebelum itu sama ada ia diteruskan secara PdPR atau bersemuka, tertakluk kepada situasi semasa Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia