suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi had beli-belah 2 jam - KPDNHEP

Pelanggan dinasihatkan untuk segera meninggalkan premis, dan berada di rumah. -gambar hiasan foto YAP CHEE HONG/The Star

HAD masa pelanggan untuk membeli-belah di premis peruncitan ditarik balik, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada 28 Mei lalu.

"Kita tidak mahu orang ramai bergegas ke premis dengan had masa dua jam apabila lockdown diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 2 jam dalam mall antara syarat PKP 3.0

"Bagaimanapun, kita menasihati orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan dan segera meninggalkan premis, dengan lebih banyak masa berada di rumah," katanya kepada pemberita selepas memeriksa pematuhan SOP di Tesco Lotus Bercham di Ipoh, Ahad.

Pada Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan berada di premis peruncitan kepada maksimum dua jam sahaja, di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia