suria

Tak kira siapa, tindakan akan diambil jika langgar SOP termasuk anak saya - Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: Bernama

TIADA siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika melanggar peraturan sepanjang tempoh sekatan perjalanan penuh, termasuk anak saya, demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberi jaminan bahawa pelaksanaan perundangan negara akan dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.

Beliau berkata demikian susulan kritikan melibatkan program realiti televisyen yang menampilkan selebriti sebagai juri termasuk anaknya, Gaddafi Ismail Sabri atau lebih popular dengan panggilan Dafi kerana dikatakan tidak mematuhi SOP bagi membendung penyebaran Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: All Together Now Malaysia dihentikan siaran, Astro perjelas dakwaan langgar SOP - “Ada penghadang lutsinar antara juri”

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

"Tindakan akan diambil jika ada yang melanggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika individu itu anak saya," katanya kepada Malaysiakini pada Rabu.

Episod pertama program hiburan, All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu, mendapat kritikan pengguna media sosial yang mendakwa program tersebut telah melanggar SOP kerana beberapa selebriti tidak memakai topeng muka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Selasa (8 Jun), Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir mengarahkan supaya siasatan dibuat ke atas program hiburan terbitan Astro susulan dakwaan tersebut.

Stesen televisyen swasta itu kemudian menangguhkan tayangan program realiti itu buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, sebarang perkembangan mengenai program hanya akan diketahui setelah siasatan selesai. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain