suria

Dr Mahathir, Shafie dijadualkan menghadap Agong di Istana Negara hari ini

Kenderaan membawa Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki perkarangan pintu 2 Istana Negara pada 10.22 pagi.

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada pagi Khamis.

Kenderaan membawa Menteri Alam Sekitar dan air itu dilihat memasuki perkarangan pintu 2 Istana Negara pada 10.22 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Perdana Menteri tiba di Istana Negara

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Kerajaan yang sembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin spada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba melalui pintu 2 Istana Negara pada jam 11.54 pagi Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ka Siong tiba tidak lama selepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat keluar dari Istana Negara.

Beliau merupakan pemimpin kedua memasuki Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Media difahamkan, pagi ini wakil daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong namun waktu pertemuan masih belum dapat dipastikan.

Wakil pemimpin UMNO juga difahamkan akan turut sembah menghadap bagi sebelah pagi ini namun sehingga kini belum ada sebarang maklumat rasmi berhubung perkara itu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, yang juga Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad pula dijadualkan menghadap jam 2.30 petang nanti.

Media difahamkan kemudiannya ia akan disusuli oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dijadualkan sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Siri sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong melibatkan pemimpin-pemimpin politik ini telah bermula bermula Rabu dan dijangka berakhir Jumaat. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain