suria

Pencapaian SPM 2020 lebih baik berbanding tahun 2019 - Radzi Jidin

Slip keputusan rasmi SPM 2020 boleh dimuat turun mulai 14 Jun.

DALAM pandemik yang melanda, sistem pendidikan negara tetap berjalan seperti biasa biarpun pelbagai cabaran terpaksa dilalui.

Malah, pelajar-pelajar tingkatan lima juga telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada Mac lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada pagi Khamis, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin mengumumkan pencapaian SPM 2020 lebih baik berbanding 2019, dengan GPN tahun 2020 adalah 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Menerusi laporan Sinar Harian, beliau berkata ia merupakan pencapaian GPN tahun 2020 terbaik dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan bahawa slip keputusan rasmi SPM 2020 boleh dimuat turun mulai 14 Jun.

Sijil SPM mula diedar secara berperingkat pada 10 Julai.

Bagi calon SPM yang tidak mempunyai akses internet untuk menyemak keputusan, mereka akan dihubungi pihak sekolah dalam kadar segera.

"Bagi pelajar lain yang ingin mendapatkan sijil fizikal yang akan diedarkan secara berperingkat bermula 10 Julai ini, ia bergantung kepada situasi semasa dan akan dimaklumkan pihak sekolah masing-masing," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain