suria

Selepas Selangor, K.Lumpur pula dikenakan PKP mulai 7 Mei

PKP di KL bermula 7 Mei. Gambar hiasan

KERAJAAN mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan telah membentangkan laporan mengenai situasi Covid-19 di Kuala Lumpur di mana terdapat 17 kluster baharu direkodkan dari 1 April hingga 27 April.

Jumlah kes harian juga menyaksikan peningkatan, ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 daerah Selangor dikenakan PKP bemula 6 Mei, tak boleh rentas daerah ketika Aidilfitri

Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP di Kuala Lumpur adalah seperti yang telah diumumkan sebelumnya.

Ini termasuk larangan perjalanan merentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan dan kerja.

Premis makanan seperti restoran, trak makanan (food truck), penjaja dan kios dibenarkan untuk beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.

Makan di premis (dine-in) tidak dibenarkan, makanan hanya untuk dibungkus untuk dibawa pulang.

Selain Kuala Lumpur, beberapa daerah serta mukim di Johor, Perak dan Terengganu turut dikenakan perintah PKP.

Di Johor, PKP melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

Di Perak, ia melibatkan mukim Taiping, Larut Matang dan Selama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Di Terengganu, ia melibatkan 14 mukim dalam daerah Besut (kecuali mukim Hulu Besut).

Semalam, enam daerah di Selangor diletakkan di bawah PKP berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

PKP, KL, Selangor, SOP, Covid-19

Artikel Lain