suria

Makin tinggi! 3,744 jangkitan baharu, Selangor catat jumlah kes harian tertinggi melebihi 1,500

Malaysia merekodkan 3,744 kes baharu pada Rabu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,744 kes baharu, menjadikan keseluruhan 424,376 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 32,939 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,744 kes baharu yang dilaporkan, 3,737 kes merupakan penularan tempatan dan baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,548 kes, diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 17 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,591 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 2,304 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 389,846 kes.

"Sehingga kini, terdapat 328 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 185 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain