suria

Tiada lagi bazar Ramadan di Selangor mulai 8 Mei, dine-in juga tidak dibenarkan

Bazar Ramadan di Selangor dilarang beroperasi mulai 8 Mei. Gambar hiasan

SEMUA bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi mulai 8 Mei (Sabtu).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam sidang media petang Rabu.

"Kita telah membuat keputusan bahawa semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor mulai Sabtu, 8 Mei.

"Ini untuk memberi peluang kepada pengurus bazar Ramadan dan pemilik gerai untuk menyelesaikan beberapa tugasan mereka terutama untuk menyelenggara dan menguruskan stok," ujar Amirudin.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 daerah Selangor dikenakan PKP bemula 6 Mei, tak boleh rentas daerah ketika Aidilfitri

Menurut Amirudin, kerajaan negeri juga bersetuju menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap penjaja bazar Ramadan untuk meringankan beban mereka.

Dalam sidang media yang sama, Amirudin turut memperincikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

1) Semua institusi pendidikan di seluruh negeri Selangor (tidak terhad kepada daerah yang terbabit dengan PKP sahaja) akan mulai ditutup sepanjang tempoh PKP bermula Khamis, 6 Mei 2021.

2) Bazar Raya dan pasar malam dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP sehingga jam 10 malam dengan syarat yang ketat.

-Jumlah pengunjung pada satu-satu masa adalah dihadkan mengikut saiz bangunan/premis;

-Sistem nombor giliran akan dikuatkuasakan;

-Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk; serta lain-lain perkara yang akan diputuskan dari masa ke masa oleh pengurusan bazar atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

-Semua operator atau pengurusan bazar wajar melantik pegawai pemantau bagi memastikan pematuhan kepada SOP;

-Mana-mana operator yang tidak mengikut SOP akan diberikan kompaun dan bazar terbabit akan ditutup serta-merta.

3) Dine-in tidak dibenarkan di semua restoran dan hotel termasuk bufet Ramadan mulai Khamis, 6 Mei 2020.

4) Kedai runcit, stesen minyak dan restoran boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam sepanjang tempoh PKP.

Perincian selain daripada yang di atas adalah tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di enam daerah di Selangor bermula Khamis.

Enam daerah terlibat ialah daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain