suria

Untunglerr! Hello 8 juta B40... Bukan sahaja dapat habuan sehingga RM300 setahun, juga 60GB internet pantas Prihatin

Maxis menawarkan subsidi sehingga RM300 selama setahun berserta data pantas Prihatin 60GB kepada lapan juta pelanggan mereka.

PANDEMIK telah banyak mengubah landskap kehidupan ramai daripada kita termasuk golongan komuniti B40 yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19 tanpa sebarang tanda ia akan reda.

Sejak setahun lalu juga, kerajaan dan syarikat swasta telah banyak menghulurkan bantuan menerusi pelbagai inisiatif dalam usaha meringankan beban golongan terkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa ada OKU tak layak dapat zakat? Faham betul-betul sebelum nak kecam...

Ini termasuklah pelaksanaan Program Jaringan Prihatin menerusi Belanjawan 2021 pada November tahun lalu yang bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet bagi tujuan pembelajaran atau bekerja dari rumah.

Bermula suku pertama 2021, menerusi program itu lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 menerima bantuan RM180 setiap individu dalam bentuk kredit telekomunikasi.

#KauBoleh dengan Maxis!

Memahami saat sukar yang dilalui sebahagian rakyat Malaysia, Maxis tampil sebagai rakan rasmi kerajaan Malaysia bagi membantu pengguna yang terkesan.

Dengan kempen Maxis #KauBoleh, rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut subsidi hingga RM300 untuk internet tanpa had, telefon pintar terkini, wifi rumah dan 60GB internet pantas Prihatin.

Bantuan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tawaran luar biasa itu diberikan kepada semua pelanggan Maxis tidak kira sama ada mereka pengguna prepaid, postpaid atau WIFI di rumah seperti Hotlink Prepaid, Hotlink Postpaid, Hotlink Postpaid + device, Hotlink Postpaid + Fibre, Maxis Postpaid dan Maxis Home 4G WiFi.

Subsidi istimewa ini membolehkan rakyat boleh terus duduk di rumah dengan selamat dan meneruskan kehidupan selain dapat berhubung dari kediaman masing-masing.

Apatah lagi ketika ini, ramai masih bekerja dan belajar dari rumah, maka dengan itu jugalah Maxis sentiasa memastikan dan komited dalam memastikan sambungan internet boleh diakses oleh semua.

Kempen istimewa ini mensasarkan kepada semua rakyat Malaysia yang juga penerima Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Negara, Bantuan Prihatin Rakyat sekaligus layak menyertai Program Jaringan Prihatin.

Cara mendapatkan subsidi istimewa ini juga mudah, pelanggan hanya perlu mendaftar bermula 5 Mei hingga 31 Julai 2021 dan selepas mendaftar mereka boleh menukar talian dan membuat tuntutan sehingga 31 Mei 2022.

Maxis turut melancarkan kempen #KauBoleh iaitu satu bentuk inisiatif bagi meraikan semangat kumpulan B40 yang bangkit dan bertahan ketika negara menghadapi cabaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai langkah memperkukuhkan kempen tersebut, Maxis turut mengambil lagu 'Fikirkan Boleh' sebagai lagu tema kepada kempen itu yang cukup memberi inspirasi dalam penyatuan atas nama rakyat Malaysia.

Sementara itu, Maxis bersama beberapa syarikat telekomunikasi lain turut berganding bahu dengan memperkenalkan pelbagai tawaran menarik lain dalam usaha membantu mengurangkan beban pengguna dalam situasi sukar ketika ini.

Ini termasuklah menawarkan capaian WIFI percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara bermula akhir April lalu.

Syarikat telekomunikasi juga akan memperkenalkan tawaran pakej Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 sehingga tamat peperiksaan pada akhir 2021 selain pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari lalu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Maxis, pelanggan boleh lawati halaman Program Jaringan Prihatin di melawat laman web Maxis atau menghubungi 123 melalui telefon bimbit atau 1 800 82 1123 melalui talian tetap.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain