suria

Covid-19: Semua sekolah di Selangor tutup mulai esok

Sekolah di Selangor ditutup mulai esok dan diteruskan sehingga cuti Aidilfitri. Gambar hiasan

SEMUA sekolah di Selangor telah diarahkan tutup selama dua hari.

Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran negeri, sekolah akan ditutup mulai Khamis (6 Mei) dan diteruskan sehingga cuti Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah tutup selepas cuti Aidilfitri, 2 minggu PdPR sebelum sambung cuti penggal

"Mengambil kira bahawa sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dua hari, maka Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan agar semua sekolah bawah kementerian di Selangor ditutup pada 6 dan 7 Mei.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekolah mesti memastikan guru-guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah," demikian menurut pekeliling bertarikh 5 Mei yang ditandatangani oleh pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail.

Pada 26 April, Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa semua sekolah akan melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain