suria

Ziarah dibenarkan tapi rumah terbuka Aidilfitri dilarang di semua kawasan

Ismail Sabri mengumumkan SOP sempena Aidilfitri dalam sidang media pada Selasa. Gambar hiasan

AKTIVITI ziarah atau kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri pada tahun ini dibenarkan, namun begitu kerajaan menetapkan garis panduan bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang ketika ini masih merekodkan angka yang tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) sempena Aidilfitri dalam sidang media pada petang Selasa.

Ujarnya lagi, tempoh masa dan jumlah pengunjung adalah berbeza di kawasan yang dikuatkuasakan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

ARTIKEL BERKAITAN: 6 daerah Selangor dikenakan PKP bemula 6 Mei, tak boleh rentas daerah ketika Aidilfitri

"Bagi kawasan PKP, ziarah dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebih 15 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dan mematuhi penjarakan fizikal.

"Bagi kawasan PKPB dan PKPP, ziarah hari raya dibenarkan iaitu pada 1 sehingga 3 Syawal," katanya.

Bagi kawasan PKPB, kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Bagi kawasan PKPP pula, tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

"Bagi kawasan PKPD, ziarah hari raya tidak dibenarkan di mana hanya keluarga dalam rumah sahaja yang dibenarkan," jelas beliau.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berikut adalah SOP yang ditetapkan ketika Aidilfiri:

1) Ziarah tanah perkuburan

- hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja dengan syarat enam orang bagi satu lot atau petak kubur dengan masa lawatan tidak melebihi 30 minit.

- Tidak dibenarkan di kawasan di bawah PKP dan PKPD.

2) Penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka tidak dibenarkan sama sekali

3) Takbir raya di masjid atau surau

- dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Di kawasan PKPD tidak dibenarkan sama sekali

4) Takbir raya dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di semua kawasan

5) Solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, namun dengan jumlah kehadiran mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Solat sunat Aidilfitri tidak dibenarkan di kawasan PKPD

6) Jamuan di surau atau masjid

- jamuan selepas solat sunat Aidilfitri dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP, tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Tidak dibenarkan di kawasan PKPD

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain