suria

Covid-19: 23 lagi korban, jangkitan baharu 3,120... Selangor catat jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 3,120 kes baharu pada Selasa.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,120 kes baharu, menjadikan keseluruhan 420,632 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 31,516 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,120 kes baharu yang dilaporkan, 3,114 kes merupakan penularan tempatan dan baki enam kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 675 kes, diikuti Sarawak (620), Kuala Lumpur (408) dan Johor (336).

Perlis pula merekodkan sifar jangkitan pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 23 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,574 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 2,334 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 387,542 kes.

"Sehingga kini, terdapat 338 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 181 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain