suria

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam kotak plastik

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik yang diletakkan di belakang sebuah premis perniagaan. - gambar hiasan

MAYAT bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik, di lorong belakang Jalan Kluang, di Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi berkenaan pada pukul 6.40 petang Isnin.

"Seorang orang awam menemui kotak plastik itu bersama mayat di dalamnya di belakang sebuah premis perniagaan, sebelum membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah ditinggalkan di lokasi kejadian selama lebih 24 jam kerana mayat sudah mula mereput," katanya pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ismail berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan lokasi kejadian, menunjukkan seorang individu dipercayai lelaki, meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu.

Tambah beliau, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurut Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain