suria

Malaysia catat 18 korban Covid-19,2, 500 lagi kes baharu

Selangor merekodkan 637 jangkitan baharu, kekal sebagai negeri dengan rekod kes harian tertinggi.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,500 kes baharu pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 417,512 kes setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Daripada 417,512 kes kes baharu yang telah dilaporkan, Selangor merekodkan 637 jangkitan baharu, kekal sebagai negeri dengan rekod kes harian tertinggi.

Ia diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356).

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter pada Isnin petang.

Di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, dimaklumkan terdapat 18 kes kematian hari ini.

Sehingga hari ini, 2,068 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 385,208 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 352 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 186 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain