suria

6 daerah Selangor dikenakan PKP bemula 6 Mei, tak boleh rentas daerah ketika Aidilfitri

Enam daerah di Selangor dikuatkuasakan PKP bermula 6 Mei. Gambar hiasan

DIKEMASKINI

KERAJAAN menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula 6 Mei sehingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daerah terbabit adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Jelasnya keputusan menguatkuasakan PKP itu dibuat selepas melakukan penilaian berpandukan sistem amaran awal iaitu 'Hotspot Identification For Dynamic Engagement' (HIDE).

Ujarnya, Selangor mencatatkan kes harian yang tinggi sejak 20 April sehingga 4 Mei 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan nilai semula PKP di negeri catat peningkatan mendadak kes Covid-19

"Dengan itu, pergerakan merentas daerah dan negeri di enam daerah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali kes-kes yang berkaitan dengan urusan kecemasan, kematian dan sebagainya serta hal kerja," katanya dalam sidang media pada petang Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu tiga daerah lain iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berikut antara SOP di enam daerah yang dikenakan PKP:

- Semua aktiviti ekonomi masih dibenarkan di enam kawasan berkenaan dengan pelaksanaan SOP yang ketat manakala aktiviti sosial tidak dibenarkan.

- Premis makanan seperti restoran, 'food truck', penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam

- Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 10 malam.

- Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10 malam tetapi stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

- Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa

- Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 2 petang.

- Aktiviti bazar Ramadan akan diputuskan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

enam daerah PKP, PKP Selangor

Artikel Lain