suria

Masih lepasi angka 2,000! Sarawak rekod kes harian tertinggi, jangkitan baharu 2,195

Malaysia merekodkan 2,195 jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,195 kes baharu, menjadikan keseluruhan 375,054 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 19,854 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 2,195 kes baharu yang dilaporkan, 2,185 kes merupakan penularan tempatan dan baki 10 kes adalah jangkitan luar negara.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 508 kes, diikuti Selangor (431), Johor (387) dan Kelantan (332).

ARTIKEL BERKAITAN: 2,331 jangkitan baharu Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Kuala Lumpur pula merekodkan 176 kes manakala Sabah pula 112 kes.

Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan tiga kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,378 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,427 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 353,822 kes.

"Sehingga kini, terdapat 219 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 90 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain