suria

2,331 jangkitan baharu Covid-19, Selangor rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan 751 kes, menjadikan ia sebagai negeri dengan rekod kes harian tertinggi pada hari ini.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,331 kes baharu pada Sabtu.

Ia menjadikan keseluruhan 372,859 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 pemain badminton positif Covid-19

Daripada 2,331 kes baharu yang telah dilaporkan, Selangor merekodkan 751 kes, menjadikan ia sebagai negeri dengan rekod kes harian tertinggi pada hari ini.

Ia diikuti Sarawak dengan 512 kes, Kuala Lumpur (252), Kelantan (225), Sabah (163) dan Pulau Pinang (116).

Selain itu, Johor mencatatkan 100 kes diikuti Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42), Pahang (20), Melaka (9), Putrajaya (4), Labuan (2), Perlis (1) dan Terengganu sifar kes pada hari ini.

Dalam pada itu, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,370 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan lima kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,370 kes," ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,832 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 352,395 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 225 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 92 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain